English Français Español Deutsch Italiano Português 日本語 Русский Nederlands Norsk Dansk Svenska 한국어 Suomi עברית Türkçe Polski Čeština Ελληνικά Hrvatski Română Magyar ไทย Bahasa Indonesia Bahasa Malaysia عربي

Kedai Global Anda Jualan Kilat App Mobil

LightInTheBox.com melakukan penghantaran ke hampir semua negara di seluruh dunia.

Pilih Mata Wang: $ USD

Perhatian & Penjagaan Profesional

Ketahui lebih lanjut

    Notis Privasi


    LightInTheBox menghormati privasi anda dan memandang serius terhadap keselamatan anda dalam talian. Untuk memberikan anda produk-produk yang terbaik, perkhidmatan pelanggan yang efisyen, dan berita terkini tepat pada masanya, kami merekod pelbagai maklumat dari kunjungan anda ke laman kami. Untuk memberi anda perlindungan privasi yang lebih baik, kami telah menyediakan notis di bawah yang menerangkan amalan maklumat dalam talian kami dan pilihan-pilihan anda mengenai bagaimana maklumat anda dikumpul dan digunakan.

Polisi Privasi LightInTheBox

Terima kasih kerana memasuki laman web ("Laman") Light In The Box Limited (semua rujukan “kami” merujuk kepada LightInTheBox.com). Kami menghormati privasi anda dan ingin memaklumkan anda mengenai polisi-polisi kami yang tersedia untuk melindungi maklumat peribadi anda.

Polisi Privasi ini menerangkan:
Bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan (berdasarkan syarat-syarat tertentu) mendedahkan maklumat peribadi anda.
Langkah-langkah yang telah diambil untuk melindungi maklumat peribadi anda.
Pilihan anda mengenai pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan maklumat peribadi anda.

Notis Privasi ini hanya digunakan untuk laman web ini dan tidak semestinya digunakan untuk maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda secara dalam talian. Sila lihat bahagian Pengumpulan, Penggunaan & Pendedahan Maklumat Luar Talian untuk butiran terperinci. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan dan amalan privasi mana-mana laman web lain melainkan LightInTheBox.com, termasuk mana-mana laman yang dipautkan ke Laman ini atau yang memaut ke Laman ini.

Dengan mengunjungi Laman kami, anda bersetuju dengan amalan-amalan yang diterangkan dalam Notis ini.                    
Bagaimanakah LightInTheBox.com mengumpul maklumat mengenai saya?
Bagaimanakah LightInTheBox.com menggunakan maklumat peribadi saya?
Bagaimanakah cookies dan teknologi lain digunakan untuk mengumpul maklumat?
Adakah LightInTheBox.com akan sesekali mendedahkan maklumat peribadi saya?
Adakah maklumat yang dikumpul oleh LightInTheBox.com mengenai saya selamat?
Adakah kanak-kanak dibenarkan untuk menggunakan LightInTheBox.com?
Bagaimanakah LightInTheBox.com menggunakan dan mendedahkan maklumat yang dikumpul dari saya di luar talian?
Di manakah saya boleh mendapati maklumat terkini mengenai polisi ini?

Bagaimanakah LightInTheBox.com mengumpul maklumat mengenai saya?

Kami mengumpul maklumat dari pengguna Laman kami menggunakan beberapa cara berbeza, dengan matlamat untuk memberikan anda pengalaman membeli-belah yang efisyen, bermakna dan mengikut kesesuaian anda. Sebagai contoh, kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk:
   * Merekod dan memaparkan semula dengan pantas maklumat yang anda telah berikan dalam kunjungan sebelumnya
   * Membantu anda mencari maklumat, produk dan perkhidmatan dengan pantas
   * Membina kandungan yang relevan untuk anda
   * Memaklumkan anda mengenai maklumat, produk dan perkhidmatan baru kami

Pendaftaran dan Pesanan: Untuk menggunakan bahagian-bahagian tertentu Laman ini atau untuk membuat pesanan produk, semua pelanggan mesti mengisikan borang pendaftaran dalam talian dengan maklumat peribadi mereka, termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama, jantina, alamat penghantaran dan bil, nombor telefon, alamat emel, dan nombor kad kredit. Sebagai tambahan, kami mungkin meminta negara pemastautin anda dan/atau negara di mana organisasi anda beroperasi, agar kami dapat mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Maklumat ini digunakan bagi tujuan bil, pemprosesan pesanan dan pemasaran dalaman dan juga untuk berkomunikasi dengan anda mengenai pesanan anda dan Laman kami.

Alamat Emel: Beberapa lokasi dalam Laman kami membenarkan anda memasukkan alamat emel anda bagi tujuan berikut, termasuk tetapi terhad kepada: mendaftar secara percuma untuk notis promosi, meminta dimaklumkan mengenai ketibaan jenama atau gaya produk yang baru, atau mendaftar untuk emel surat berita kami. Sebagai tambahan, sebarang penyertaan dalam peraduan-peraduan promosi yang dianjurkan oleh LightInTheBox.com adalah secara sukarela dan memerlukan pemberian maklumat perhubungan untuk makluman kepada pemenang mengenai hadiah yang dimenangi. Kami mungkin akan memaparkan nama dan bandar pemegang peraduan pada Laman kami.

Nombor Telefon: Beberapa lokasi dalam Laman kami membenarkan anda memasukkan nombor telefon anda bagi tujuan berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada: pengesahan SMS, pendaftaran percuma untuk notis promosi, meminta dimaklumkan mengenai ketibaan jenama dan gaya produk yang baru, atau mendaftar untuk SMS surat berita kami.

Fail Log: Seperti laman-laman web lain, pelayan Laman kami akan secara automatik mengenalpasti URL Internet dari mana anda memasuki Laman kami. Kami juga mungkin akan merekod alamat protokol Internet (IP) anda, pembekal perkhidmatan Internet, dan cop tarikh/masa bagi tujuan pentadbiran sistem, pengesahan pesanan, pemasaran internet dan penyelesaian masalah sistem. (Alamat IP akan menunjukkan kedudukan komputer anda pada Internet.) 
    
Ulasan Produk:
Kami akan meminta alamat emel dan lokasi untuk semua pengemukaan ulasan produk. Alamat emel anda akan dirahsiakan, tetapi lokasi anda akan dipaparkan kepada pengguna lain. Semua maklumat peribadi lain yang anda kemukakan sebagai sebahagian daripada ulasan anda akan dapat dilihat oleh pengunjung Laman yang lain.

Bagaimanakah LightInTheBox menggunakan cookies dan teknologi lain untuk mengumpul maklumat?

Cookies merupakan kepingan maklumat kecil yang disimpan oleh pelayar Internet anda sebagai fail teks pada cakera keras komputer anda. Kebanyakan pelayar telah ditetapkan untuk menerima cookies, tetapi menetapkan pelayar untuk menolak cookies atau mengeluarkannya dari cakera keras anda akan menghalang anda dari menggunakan bahagian-bahagian tertentu Laman ini. LightInTheBox.com menggunakan cookies untuk
   * mempercepatkan pelayaran
   * mengesan penggunaan laman
   * mengenal pasti pengguna dan keutamaan akses pengguna
   * membolehkan pemilihan dan pembelian produk pada Laman
   * merekod aktiviti pelayaran dan pembelian anda

Cookies Laman ini tidak akan dan tidak boleh menembus masuk ke cakera keras pengguna untuk mengumpul sebarang maklumat sulit.
Laman ini juga menggunakan isyarat web (juga dikenali sebagai teknologi GIF jelas atau "label tindakan") untuk:
   * membantu menyampaikan cookies
   * mengesan kekerapan laman web dilihat

Mana-mana imej elektronik pada Laman ini, seperti banner iklan, boleh berfungsi sebagai isyarat web. Kami mungkin menggunakan kandungan atau iklan dari syarikat-syarikat pengiklan pihak ketiga yang mungkin mengandungi cookies dan isyarat web untuk mengukur bilangan kunjungan ke laman web kami atau jumlah produk yang dibeli. 
Sebarang maklumat yang dikumpul oleh syarikat-syarikat pihak ketiga ini melalui cookies dan isyarat web tidak berkait dengan sebarang maklumat peribadi yang kami kumpul.

Bagaimanakah LightInTheBox menggunakan maklumat peribadi saya?

Kegunaan Dalaman: Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk memproses pesanan anda dan memberikan perkhidmatan pelanggan kepada anda. Kami mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda secara dalaman untuk mengumpul maklumat mengenai pengunjung ke Laman kami, memperbaiki kandungan dan susun atur Laman,  memperbaiki capaian kami serta untuk memasarkan perkhidmatan dan produk-produk kami.

Komunikasi dengan Anda: Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk berkomunikasi dengan anda mengenai Laman kami dan pesanan anda. Semua pelanggan mesti memberikan alamat emel untuk tujuan komunikasi dengan LightInTheBox.com berkenaan dengan pesanan yang dibuat. Kami akan menghantar anda emel atau SMS pengesahan selepas anda mendaftar dengan kami serta sebarang pengumuman berkaitan perkhidmatan apabila perlu (sebagai contoh, penggantungan perkhidmatan sementara disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan.) Anda juga boleh mengemukakan alamat emel atau nombor telefon anda untuk meminta pemberitahuan apabila kami menerima jenama barangan, gaya produk atau produk baru, atau untuk mendaftar untuk emel surat berita kami, SMS surat berita dan tawaran-tawaran istimewa. Anda boleh memberhentikan langganan atau memilih untuk tidak menerima sebarang emel pada bila-bila masa (lihat bahagian Berhentikan Penerimaan/Pembetulan di bawah untuk butiran lanjut) Oleh kerana kami perlu berkomunikasi dengan anda mengenai pesanan anda, anda tidak boleh memilih untuk memberhentikan penerimaan emel atau SMS yang berkaitan dengan pesanan anda.


Adakah LightInTheBox.com akan mendedahkan maklumat peribadi saya?

Kami menjual barangan, bukannya maklumat — Kami tidak menjual, menyewakan, mendagang, memberi lesen, atau sebaliknya mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan anda kepada sesiapa, kecuali dalam situasi khusus berikut:
    
Pembekal perkhidmatan pihak ketiga:
Seperti kebanyakan peruncit dalam talian yang lain, kami kadangkala menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk melakukan tugasan khusus bagi pihak kami. Sebarang maklumat yang didedahkan kepada mereka bertujuan untuk membantu dalam pelaksanaan perkhidmatan mereka. Sebagai contoh, kami akan memberi nama, alamat penghantaran, emel dan nombor telefon anda kepada rakan sekutu kami seperti syarikat DHL dan UPS untuk menjamin penghantaran pesanan anda, dan kami juga akan menggunakan maklumat pelanggan yang relevan untuk memantau kualiti perkhidmatan syarikat pihak ketiga ini.
Dalam cara yang sama, kami juga perlu memberi nombor kad kredit anda kepada organisasi perkhidmatan kewangan seperti pemproses dan pengeluar kad kredit bagi tujuan pemprosesan pembayaran. Kami melindungi semua pengemukaan nombor kad kredit anda dengan pengesahan menggunakan enkripsi data yang tercanggih. (Maklumat lanjut boleh didapati dalam bahagian Keselamatan Data di bawah.)

Pendedahan maklumat untuk keperluan perundangan: Kami mungkin perlu mendedahkan maklumat sekiranya menerima sepina, diberi arahan mahkamah atau diminta oleh pegawai penguatkuasaan undang-undang yang menjalankan penyiasatan, atau sekiranya kami perlu mendedahkan sebarang maklumat sebagaimana yang diperlukan untuk tujuan perundangan. Kami juga akan mengeluarkan maklumat peribadi apabila diperlukan untuk melindungi hak undang-undang kami atau untuk menguatkuasakan Terma Penggunaan dan mana-mana perjanjian lain kami. Sebagai contoh, kami akan berkongsi maklumat untuk mengurangkan risiko penipuan, atau untuk mengelakkan penipuan oleh pengguna yang cuba melakukan penipuan atau aktiviti-aktiviti tidak sah yang lain di Laman kami.

Penggabungan dan/atau penjualan aset:
Kami biasanya tidak menjual, mendagang atau menyewakan maklumat peribadi
kepada syarikat lain dalam menjalankan perniagaan kami. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan kami akan memperoleh, bergabung atau diperoleh oleh syarikat lain, atau kemungkinan kami akan melupuskan sebahagian atau keseluruhan aset kami, dan dalam kes sebegini, maklumat peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada syarikat lain, tertakluk kepada Notis Privasi yang dinyatakan.

Maklumat peribadi yang tidak akan mendedahkan identiti anda:
Kami mungkin akan berkongsi maklumat yang tidak akan mendedahkan identiti anda atau pengguna lain, seperti bilangan pengunjung harian ke halaman yang tertentu, atau jumlah pesanan yang dibuat pada tarikh tertentu, dengan syarikat pihak ketiga seperti rakan kongsi pengiklanan.

Bagaimanakah LightInTheBox.com melindungi maklumat yang dikumpul mengenai diri saya?

Laman ini menggunakan prosedur-prosedur fizikal, elektronik dan pentadbiran untuk melindungi kesulitan maklumat peribadi anda, seperti:
     * Melindungi semua transaksi kewangan yang dilakukan melalui Laman ini menggunakan enkripsi Lapisan Soket Selamat atau Secure Sockets Layer ("SSL")
     * Hanya membenarkan akses ke atas maklumat peribadi anda kepada kakitangan yang menjalankan perkhidmatan khusus tertentu
     * Bekerjasama dengan hanya syarikat pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang kami percayai telah melindungi semua perkakasan komputer mereka secukupnya.
Meskipun perniagaan kami direka berkisarkan melindungi keselamatan maklumat peribadi anda, sila ingatkan bahawa keselamatan 100% kini sudah tidak wujud lagi di mana-mana, sama ada dalam talian, mahu pun luar talian.

Apakah pilihan-pilihan saya berkenaan pengumpulan maklumat peribadi oleh LightInTheBox.com?

Anda boleh memilih untuk:
     * Memperbetul atau mengemas kini maklumat peribadi anda
     * Berhenti menerima mel ke semua alamat emel anda
     * Berhenti menerima pesanan SMS ke telefon anda
     * Menyahaktifkan akaun anda untuk mengelakkan sebarang pembelian melalui akaun anda pada masa akan datang
Untuk memperbetulkan atau mengemas kinikan maklumat peribadi anda, log masuk ke Akaun Saya dan kemukakan permintaan anda melalui Perkhidmatan Pelanggan dalam talian.
Untuk memberhentikan langganan emel dari LightInTheBox.com, gunakan pautan berhentikan langganan pada bahagian bawah emel anda dan pilih opsyen yang paling sesuai untuk anda.
Untuk memberhentikan langganan pesanan SMS dari LightInTheBox.com, log masuk ke Akaun Saya dan pilih opsyen yang paling sesuai untuk anda.

Adakah kanak-kanak dibenarkan untuk menggunakan LightInTheBox.com?

Kami menghormati privasi kanak-kanak. Kami tidak akan mengumpul maklumat peribadi dari kanak-kanak berumur di bawah 13 tahun, secara sedar atau sengaja. Di bahagian lain Laman ini, anda telah mengemukakan dan menjamin bahawa anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau anda menggunakan Laman ini di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga anda.
Sekiranya anda berumur di bawah 13 tahun, jangan kemukakan sebarang maklumat peribadi kepada kami, dan mohon bantuan ibu bapa atau penjaga anda apabila menggunakan Laman ini.

Bagaimanakah LightInTheBox.com menggunakan dan mendedahkan maklumat yang dikumpul dari saya di luar talian?

Oleh kerana LightInTheBox.com mengumpul kebanyakan maklumat melalui Laman kami, Polisi Privasi ini hanya diguna pakai untuk pengumpulan maklumat peribadi dalam talian.
Kami juga melindungi semua maklumat peribadi yang dikumpul dari anda di luar talian, sebagai contoh, melalui panggilan telefon. Sekiranya kami menghubungi anda melalui telefon berkenaan pesanan atau pembayaran anda, kami hanya akan meminta maklumat peribadi yang diperlukan untuk membuat pesanan anda atau menyelesaikan masalah anda. Apabila kami perlu menyimpan maklumat berkenaan suatu pesanan, kami akan memasukkannya ke pangkalan data kami melalui enkripsi SSL ( Lihat bahagian Keselamatan Data di atas untuk maklumat lanjut).

Polisi ini tidak mencuba untuk merangkumi semua kemungkinan kaedah pengumpulan atau penggunaan maklumat peribadi di luar talian.  Walau bagaimanapun, kami akan melayan sebarang pengumpulan, penggunaan atau pendedahan maklumat peribadi di luar talian dalam cara yang konsisten sebagaimana amalan dalam talian kami.

Di manakah saya boleh mendapati maklumat terkini mengenai polisi ini?

Untuk memberikan anda maklumat terkini mengenai maklumat yang dikumpul, digunakan atau didedahkan, kami akan memaparkan sebarang perubahan atau maklumat terkini bagi Notis Privasi ini pada Laman ini dan kami menggalakkan anda untuk membaca semula Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini.

Join our community


Maklumat Syarikat
Tentang LightInTheBox.com
Lokasi & Waktu Bekerja
Testimoni
Kerjaya
Peta Laman
Jaminan Kami
Kenyataan Media
LightInTheBox Dalam Berita
NewsInTheBox
Hubungan Pelabur
Perkhidmatan Pelanggan
Hubungi Kami
Jejak Pesanan Anda
Halaman Bantuan dan Pangkalan Pengetahuan
Pembayaran & Penghantaran
Kaedah Pembayaran
Panduan Penghantaran
Lokasi Penghantaran
Anggaran Tempoh Penghantaran
Polisi Syarikat
Polisi Pemulangan
Polisi Privasi
Terma Penggunaan
Polisi Pelanggaran Harta Intelek
Perniagaan Lain
Borong
Dropship
Rakan Kongsi
Program Affiliate
寻求供应商
visa, master card, maestro, carte bluepaypalpaypal verifiedwestern uniondhl ups ems
BTest